Loke menyamar lagi, tinjau operasi KTM komuter

0
2

MENTERI Pengangkutan Anthony Loke sekali lagi turun padang secara senyap-senyap untuk meninjau situasi perkhidmatan awam di ibu negara. 

Kali ini, Loke memilih untuk merasai sendiri suasana sistem KTM Komuter. 

Dengan memakai topi dan pelitup muka berwarna hitam, Loke menaiki tren dari stesen KL Sentral menuju ke Bandar Tasik Selatan bersama dua pembantunya.

“Saya menerima banyak maklum balas daripada media sosial mengenai perkhidmatan komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

“Saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam tempoh terdekat untuk membincangkan langkah menambahbaik dan menambah kekerapan perkhidmatan komuter,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Loke berkata, beliau faham KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaik taraf landasan Fasa 1 Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT1) masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala.

Sebelum ini, Loke pernah menyamar sebagai penumpang bagi meninjau sendiri situasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) pada hari pertama beliau bertugas secara rasmi sebagai Menteri Pengangkutan. 

Beliau yang menyamar sebagai penumpang merasai sendiri pengalaman menaiki LRT selama dua jam pada waktu puncak.

Sementara itu, Loke memaklumkan beliau akan berjumpa dengan pihak pengurusan terminal TBS bagi membincangkan kesiapsiagaan menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu serta musim perayaan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here