PENDAKWAH bebas, Ebit Lew berkongsi berita sedih mengenai isterinya yang keguguran, baru-baru ini.
Menerusi hantaran ringkas di Facebooknya, Ebit turut memuat naik sekeping gambar sedang menolak kerusi roda yang dinaiki isterinya dipercayai di perkarangan sebuah hospital.
“Doakan ya bidadari (isteri) saya cepat sihat. Bidadari saya baru keguguran. InsyaAllah bidadariku sayang. Allah uji sebab dia sayang.
“Betapa mulia dan ketinggian seorang isteri. Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu. I love you bidadariku till jannnah,” tulisnya.
Hantaran yang dimuatnaik dua jam lalu itu menerima 63,000 tanda ‘like’ dan lebih 5,000 komen daripada netizen.
Rata-rata netizen mendoakan pasangan itu tabah menempuh ujian Allah SWT selain mendoakan kesembuhan buat isteri pendakwah berkenaan. – Malaysiapost

