Benarkah Forum Perdana Ehwal Islam dibatalkan?

0
2

BEKAS Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyuarakan rasa dukacita dengan berita mengenai program Forum Perdana Ehwal Islam membabitkan beberapa panel terkenal didakwa dibatalkan.

Beliau yang kini Presiden badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN), berkata jika berita yang tular itu benar ia adalah amat mendukacitakan kerana program berkenaan sudah lama wujud.

“Usahlah ganggu Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Ia dah lama wujud..ia amat digemari rakyat sejak dulu.Ia sangat bermanfaat kepada muslimin, muslimat dan rakyat keseluruhannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Annuar turut memuatnaik tangkap layar mengenai perkara itu yang mendakwa Forum Perdana berkenaan batal dan mendakwa maklumat itu daripada Pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Berdasarkan tangkap layar berkenaan pengguna Facebook Roslan Hussin membuat hantaran di laman Gabungan anak melayu sokong perikatan nasional mengenai perkara itu.

“Forum Perdana ni batal. Baru dapat notis dari RTM saya tak dibenarkan keluar TV1. Arahan menteri…Prof Dr Ridhuan Tee,” menurut hantaran itu.

Program Forum Perdana Ehwal Islam yang dimaksudkan adalah yang bertajuk ‘Seluas Angkasa’ yang dijadualkan esok di Auditorium Angkasa Kelana Jaya pada jam 9 malam.

Berdasarkan poster yang dikongsikan, program berkenaan dikendalikan pengacara Ustaz Rizal Ramli bersama perantara Ustaz Nabil Ahmad serta panelnya Ridhuan Tee dan penceramah bebas Ustaz Datuk Kazim Elias.

Kementerian Komunikasi dan Digital kini diterajui Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, sebagai menteri yang baharu selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here