Ebit bawa pulang warga emas tinggal di jalanan sendirian

0
3

SEBAIK mendapat maklumat mengenai seorang lelaki warga emas yang sudah berbulan tidur di jalanan di ibu negara, pendakwah bebas, Ebit Lew terus bertindak mencari individu terbabit.

Ebit berkata, beliau sebak apabila melihat keadaan warga emas terbabit berdasarkan video tular di aplikasi TikTok dan mula mencarinya di kawasan lelaki terbabit sering kelihatan.

“Tular di Tik tok minta saya mencarinya. Sayu rasa melihat keadaan pakcik ni di tangga dekat KLCC. Syukur Alhamdulillah tadi 6 petang jumpa sekitar KLCC.

“Pakcik ni 74 tahun. Sudah berbulan tidur di jalan. Kehilangan isteri dan anak di usia tua begini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, warga emas terbabit kemudian dipelawa untuk pulang bersamanya dan bersetuju kerana sudah penat hidup di jalanan sebatang kara.

“Jom ikut saya balik pakcik tolong azan dekat surau kami. Disitu ada tempat tinggal untuk pakcik,” katanya.

Ebit berkata, lelaki terbabit menawarkan untuk melakukan kerja-kerja mengemas sebagai balasan kerana malu sering dibantu, namun beliau memintanya untuk berehat sahaja.

“Saya pun dah tiada ayah dan mak. Kasihan pakcik hidup di jalanan begini. Sejuk, hujan, panas, lapar sakit lagi. Insya-Allah pakcik nak apa-apa beritahu saya terus. Nak jalan mana-mana. Nak lawat kampung ker.

“Menangis pakcik ni ucap terima kasih. Terima kasih ya Allah beri peluang kami menemui dan membantu pakcik ni,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here