Terowong SMART ditutup, persediaan operasi banjir

0
2

TEROWONG Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi persediaan operasi banjir susulan hujan lebat sejak petang tadi.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 7.13 malam tadi.

“Mod 3 telah diaktifkan iaitu proses penyuraian dan penutupan terowong SMART dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Trafik SMART dan air banjir masih dilencongkan,” menurut catatan itu.

Status Terowong Lebuhraya SMART boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my , twitter@smarttunnel atau ‘Smart Tunnel’ di Facebook. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here