Mat Sabu tinjau operasi ladang ayam daging, telur

0
2

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) komited mencari penyelesaian isu bekalan telur ayam dalam pasaran dengan mengadakan perbincangan bersama pemain industri itu.

Menerusi hantaran di Facebook MAFS, Menterinya, Mohamad Sabu, melakukan lawatan kerja ke Ladang Ayam Pedaging Rasa di Batang Kali dan Ladang Ayam Penelur Selasih Aman, di Kalumpang hari ini.

Mohamad Sabu, melakukan lawatan kerja ke Ladang Ayam Pedaging Rasa di Batang Kali dan Ladang Ayam Penelur Selasih Aman, di Kalumpang hari ini.

Lawatan itu bertujuan membolehkan Mohamad meninjau sendiri proses penternakan ayam dan penghasilan telur di ladang berkenaan.

Turut hadir dalam lawatan itu Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Haslina Abdul Hamid; Timbalan Ketua Setiausaha, Azah Hanim Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dr Akma Ngah Hamid; Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Sekuriti Makanan, Mazlan Othman.

“Kementerian sentiasa cakna dalam isu bekalan telur ayam, selain mengadakan perbincangan bersama-sama pihak pemain industri,” katanya.

Selasa lalu, Mohamad mengumumkan kementeriannya akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera.

Menurutnya, itu adalah antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.

Bagaimanapun pengumuman itu dilihat tidak memberi penyelesaian terhadap isu kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran yang dihadapi pengguna sejak lebih lima bulan lalu.

Pengarah Urusan rangkaian pasaraya Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, turut mempersoalkan hasrat kerajaan mengimport telur ayam dengan menyifatkan ia bukan penyelesaian terbaik masalah itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here