PN lantik Hamzah jadi Ketua Pembangkang

0
2
KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika sidang media di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÕayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. Terdahulu, Ahli Parlimen daripada PAS dan UMNO hadir dengan menaiki bas untuk ke Istana Negara bagi menghadap Seri Paduka Baginda. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

AHLI Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 19 Disember ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang berkata, mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu sebagai Ketua Pembangkang.

Menurut Takiyuddin, pelantikan Hamzah telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lepas.

Beliau berkata, pencalonan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang juga telah dihantar ke Parlimen.

Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

“Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dan timbalannya ialah Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Takiyuddin turut memaklumkan, jawatankuasa juga bersetuju melantik beliau sebagai Ketua Whip PN. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here