PENYAMPAI radio Suria FM, DJ Lin berdepan situasi mencemaskan apabila wajahnya bengkak teruk akibat alahan terhadap ubat tahan sakit.
DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid berkata, dia tidak menyangka bahawa ubat tahan sakit itu mampu memberi kesan seteruk itu kepada tubuhnya.
“Tadi sakit kepala, DJ Lin makan panadol dua biji, tak lama selepas itu muka naik bengkak. Alahan.
“Pergi klinik terus kena suntik. Siapa pernah alahan macam Lin?,” soalnya dalam hantaran di Instagram.
Hantarannya itu mendapat banyak reaksi peminatnya yang mendoakan supaya DJ Lin segera sembuh.
Beliau turut berterima kasih dengan pelbagai cadangan dan doa yang ditulis di bahagian komen media sosialnya. – Malaysiapost
Kredit foto: Harian Metro

