Yana mahu perbicaraan Najib disiar secara langsung dalam talian

0
1
Nooryana Najwa Najib daughter of the former Malaysian prime minister Najib Razak leaves the Malaysian Anti-Corruption Commission headquarters in Putrajaya, outside Kuala Lumpur on June 5, 2018. Nooryana came to the anti-graft agency to support her mother Rosmah Mansor wife of Najib being probed over allegations of corruption. / AFP PHOTO / Mohd RASFAN

NOORYANA Najwa Najib, anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, mahu perbicaraan bapanya disiarkan secara langsung melalui platform atas talian.

Menerusi hantaran di Instagram hari ini, Nooryana berkata bapanya sejak dari awal meminta perbicaraan kes beliau disiarkan secara langsung agar rakyat memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam mahkamah.

Sehubungan itu, Nooryana memohon kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih terbuka membenarkan permintaan tersebut.

“Memandangkan semakan kehakiman kes SRC yang akan bermula pada 19 Januari 2023 adalah sangat penting bagi ayah saya dan dia bakal dibebaskan sekiranya menang,

“…saya berpendapat bahawa kerajaan (Anwar Ibrahim patut lebih terbuka dan bertindak telus dengan memberi kebenaran bagi perbicaraan ini disiarkan secara langsung melalui online streaming.

“Apakah pendapat sahabat-sahabat saya? Yes or no?,” tulisnya dalam hantaran itu, hari ini.

Pada 23 Ogos lalu, Najib dimasukkan ke Penjara Kajang setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta kerana menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here