Rosmah hanya jumpa Zahid, bukan masuk mesyuarat MKT Umno – pegawai

0
2

DATUK Seri Rosmah Mansor hadir ke ibu pejabat Umno semalam untuk bertemu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan tiada kaitan dengan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung malam tadi.

Perkara itu dijelaskan pegawai isteri Datuk Seri Najib Razak itu, Rahimi Osman bagi menjawab spekulasi kehadiran Rosmah ke sebelum bermulanya mesyuarat MKT yang dipengerusikan Ahmad Zahid.

“Ramai yang buat cerita kononnya DS Rosmah masuk dalam mesyuarat MKT tersebut.

“Tapi sebenarnya DS Rosmah tiba di bangunan Umno sebelum mesyuarat bermula hanya untuk bertemu dengan Presiden Umno. Beliau tidak ada apa-apa urusan dalam Mesyuarat MKT.

“DS Rosmah bertemu dengan DS Zahid hanya kira-kira untuk 10 minit. Apabila selesai perjumpaan tersebut, DS Rosmah keluar menggunakan lif dan turun ke basement untuk naik ke kenderaannya yang sedang tunggu di bawah.

“Sebab itulah dia tidak kelihatan ‘keluar’ dari galeri awam di hadapan orang ramai dan wartawan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Rahimi menambah, Roshmah berada di bangunan Umno hanya untuk beberapa minit, bukan berjam-jam seperti didakwa.

“Sedangkan apabila berita sudah mula tersebar malam tadi dan macam-macam spekulasi dibuat, DS Rosmah telah berada di rumah.

“Kita tidak boleh memandai-mandai buat cerita yang kita tidak tahu, kerana akhirnya akan menjadi fitnah,” katanya.

Malam tadi Rosmah muncul di Menara Dato’ Onn sehingga mencetus spekulasi beliau menyertai mesyuarat MKT Umno.

Kehadirannya menarik perhatian lensa kamera pengamal media, yang mula menunggu sejak petang tadi.

Rosmah tiba sekitar jam 8 malam, diiringi seorang wanita, yang dipercayai pegawainya.

Bagaimanapun, Rosmah meminta pengamal media tidak mengambil gambar ketika kumpulan itu mendekatinya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here