PRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kebenaran akan tetap datang apabila sampai pada masanya, sebaliknya kebatilan akan jatuh juga akhirnya.
Ahmad Zahid juga berkata, keimanan bukan pada lahiriah semata-mata namun bergantung pada akidah dan ilmu yang dipelajari daripada guru sejati.
“Ia mesti dipelihara hingga akhir hayat hidup kita. Tanda iman sejati ialah akhlak mengikut contoh teladan Nabi,” katanya menerusi Facebook.
Beliau berkata demikian merujuk Kisah ‘Ashabul Kahfi’ berkenaan perjuangan sekumpulan pemuda yang mahu menyelamatkan iman mereka.
“Kisah Ashabul Kahfi berkenaan perjuangan pemuda-pemuda yang mahu menyelamatkan iman mereka ditemani anjing bernama Qitmir dan ditidurkan selama 309 tahun.
“Sebaik sahaja keluar dari gua mereka mendapati kebenaran Tauhid telah memenuhi jiwa penduduk negerinya dengan izin Allah SWT,” katanya. – Malaysiapost

