Kalah di Padang Serai, pemimpin PKR ingatkan jangan tuding jari

0
3

SEORANG pemimpin PKR mengingatkan semua pihak agar tidak menuding jari menyalahkan antara satu sama lain, susulan kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum bagi Parlimen Padang Serai, semalam.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Syed Badli Shah Syed Osman berkata susulan kekalahan itu, apa juga kelemahan perlu dikenalpasti, seterusnya dibaiki.

“Tahniah PN di Padang Serai dan BN di Tioman. Jangan tuding jari, mana lemah perbaiki. Jangan syok sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam, calon PN, Datuk Azman Nasrudin yang meraih 51,637 undi diumum pemenang Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 mengatasi calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang meraih 35,377 undi.

Parlimen Padang Serai adalah kubu kuat PH sejak PRU 2008. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here