Dana Belia untuk anak muda Pahang tahun depan

0
3

Ben Ibrahim

KERAJAAN Pahang akan memperkenalkan Dana Belia mulai tahun depan bagi membantu golongan belia di negeri ini memulakan perniagaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cetusan idea bagi memperkenalkan dana khas itu adalah selepas mendengar keluhan golongan muda yang berharap kerajaan negeri dapat membantu mereka.

“Dana belia ini saya mendapati ramai daripada belia-belia yang masih memerlukan bantuan, sokongan kerajaan untuk permulaan sesuatu perniagaan sebagai contoh.

“Oleh itu, saya menubuhkan satu dana dengan peruntukan tertentu dan kita akan bagi kepada mereka yang memerlukan (kumpulan sasar).

“Ini adalah keluhan sebahagian anak-anak muda yang mana mereka minta kerajaan negeri dapat membantu mereka,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan infrastruktur Agrotourism Paya Laka, dekat Kampung Sepayang, Rompin, hari ini.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy memberitahu perbincangan berkaitan jumlah peruntukan bagi dana terbabit akan dilakukan terlebih dahulu dengan semua pihak berkepentingan.

“Sudah tentu kena buat perbincangan dulu, perbincangan dengan pegawai kewangan negeri, setiausaha kerajaan negeri, rakan-rakan exco akan dilakukan terlebih dahulu sebab ini duit kerajaan,” katanya lagi.

Terdahulu, dalam majlis sama, Wan Rosdy mengumumkan seramai 262 peserta Rancangan Tanah Kelompok Paya Laka menerima bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang.

Katanya, bantuan itu disalurkan Pertubuhan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) melalui anak syarikatnya PKPP Agro Sdn Bhd. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here