RAKYAT Sabah tidak seharusnya kecewa berikutan jumlah kecil Ahli Parlimen dari negeri itu membarisi Jemaah Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata pihaknya berpandangan sesiapa pun yang dilantik itu adalah prerogatif Perdana Menteri yang patut dihormati.
Katanya, perkara itu tidak sepatutnya menimbulkan sebarang isu termasuk soal kecewa kerana rakyat Sabah telah diberikan peluang untuk mengundi dan memilih.
“Warisan ingin mengucapkan tahniah kepada semua barisan kabinet yang telah diumumkan dan dilantik oleh Perdana Menteri.
“Rakyat telah memilih dan mengundi mengikut apa yang mereka yakin dan percaya boleh membantu Sabah dan terbukti mereka lebih mempercayai keupayaan parti yang berpusat Semenanjung Malaysia berbanding parti yang beribu pejabat di Sabah.
“… dalam memperjuangkan hak dan kepentingan mereka dan kita sewajarnya perlu menghormati keputusan dan pilihan rakyat dan melihat ke hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Azis menegaskan, Warisan wajar membuktikan kepada rakyat Malaysia dan Sabah khususnya bahawa Warisan bukanlah parti yang mengejar jawatan semata-mata tetapi kekal berprinsip pada asas perjuangannya.
Katanya, Warisan mahu melihat Perdana Menteri selaku Perdana Menteri mengotakan janjinya untuk menunaikan tuntutan Sabah dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Saya memahami ada juga segelintir penyokong Warisan yang kecewa kerana tiada representasi Warisan di dalam Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun Warisan telah konsisten malah tidak pernah memberikan SD kepada calon selepas langkah Sheraton.
“Sejak dari awal lagi bermula ketika pemilihan di antara Anwar dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu, Warisan telah memberikan SD kepada DSAI walaupun pada ketika itu Warisan telah ditawarkan dengan pelbagai jawatan dan habuan namun Warisan kekal pada prinsipnya untuk tidak ingin mengkhianati mandat rakyat.
“Kita boleh memberikan masa kepada Perdana Menteri untuk mencerakin dan menulusuri sejarah perjanjian MA63 ini dan menunaikan dan melaksanakan apa yang telah dipersetu jui oleh bapabapa kemerdekaan Sabah.
“Namun tidak sewajarnya memakan masa yang lama kerana perjanjian ini adalah perjanjian antarabangsa yang sah dari segi undangundang,” katanya. -Malaysiapost

