Malaysia perlu teruskan momentum pemulihan pasca Covid-19 – Tengku Zafrul

0
1

DATUK Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyifatkan pemilihannya untuk menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai satu tanggungjawab besar.

Beliau berkata, ini terutama ketika Malaysia perlu meneruskan momentum pemulihan pasca Covid-19.

“Hari ini, saya diberikan amanah untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua.

“Ini adalah sebuah tanggungjawab yang besar, terutamanya ketika Malaysia perlu meneruskan momentum pemulihan kita pasca Covid-19,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

DATUK Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Beliau berharap dapat menjalankan tugas sebagai seorang senator dengan penuh amanah dan integriti.

Katanya, beliau juga akan memastikan suara rakyat terus diangkat di Dewan Negara demi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran semua kaum, agama dan bangsa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tanggungjawab berat yang diberikan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno dan pucuk pimpinan parti,” katanya.

Tengku Zafrul menyertai Kabinet pada Februari 2020 memegang portfolio Menteri Kewangan ketika kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Beliau juga memegang jawatan sama ketika kerajaan beralih tangan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here