Jemaah Menteri disertai 4 senator

0
2

BARISAN Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan malam ini turut membabitkan empat individu yang bukan dalam kalangan Ahli Parlimen.

Perdana Menteri berkata, semua calon berkenaan bagaimanapun perlu dilantik menjadi Ahli Dewan Negara terlebih dahulu sebelum menjadi menteri.

Mereka ialah, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang akan menerajui portfolio Kementerian Dalam Negeri manakala bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dua lagi senator adalah Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang akan menerajui portfolio Menteri Agama, manakala Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Luar.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Presiden PKR mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu di pejabatnya dekat Putrajaya, malam ini.

Beliau turut mengumumkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan akan dibantu oleh beberapa penasihat yang tidak akan menerima upah dengan diketuai Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here