Sertai kerajaan perpaduan: Keputusan MKT Umno terpakai – Ahmad Maslan

0
2

KEPUTUSAN Umno menyertai kerajaan perpaduan adalah berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), walaupun Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebelum ini memutuskan sebaliknya.

Perkara itu dijelaskan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Program Solidariti Bersama Presiden Umno dan Taklimat Isu Semasa anjuran Wanita Umno semalam.

Beliau menjelaskan, keputusan MKT Umno untuk 30 Ahli Parlimen Umno serta Barisan NAsional (B)N menyertai kerajaan perpaduan adalah terpakai.

“Keputusan MKT Umno untuk 30 Ahli Parlimen Umno/BN menyertai kerajaan perpaduan dan saya juga menjelaskan jika tiada keputusan PAU, maka keputusan MKT adalah terpakai.

“Itu yang diputuskan pada 23 November 2022 dan keputusan tersebut adalah muktamad,” katanya memetik laporan portal BN News Online.

Minggu lalu, MKT Umno sebulat suara memutuskan untuk menyokong kerajaan perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan kerajaan stabil dan makmur dibentuk.

Sementara itu, Ahmad berkata MKT akan terus memperkukuh sokongan terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here