Mastura kecewa calon BN Padang Serai ‘diarah’ tarik diri

0
2

BEKAS Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid kecewa apabila calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraj diarah tarik diri daripada bertanding di kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah pada 7 Disember ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau mendakwa Sivaraj telah diarah berbuat demikian bagi memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH).

“Calon BN/MIC Parlimen Padang Serai Datuk Sivaraj diarah tarik diri daripada PRK P017 untuk beri laluan kepada calon Pakatan Harapan. Kenapa mengalah?,” soalnya dalam hantaran berkenaan.

Sementara itu, beliau yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) ketika membalas komen seorang penyokong BN menegaskan, beliau mahu kerusi berkenaan dimenangi calon BN.

“Saya nak BN dapatkan kerusi tu, awak nak bagi PH dah kenapa? Selesa sangat dah dengan PH ke?

“Di mana kesetiaan awak, apa yang berlaku di Tioman, itu kerusi DUN. Ini kerusi Parlimen yang bakal menentukan dasar dan polisi negara,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Sivaraj dikatakan telah menarik diri sebacai calon Parlimen Padang Serai, kurang seminggu sebelum tarikh pengundian pada 7 Disember ini.

Difahamkan, tindakan Sivaraj itu berkemungkinan untuk memberi laluan kepada Pakatan Harapan (PH).

Seorang pemimpin BN mendakwa keputusan itu dibuat secara sukarela dan beliau ‘akur’ dengan tindakan yang diambil.

Bagaimanapun, sehingga kini, Sivaraj masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status percalonannya.

Pilihan Raya Padang Serai ditangguhkan pada 7 Disember selepas calon PH, M Karupaiya meninggal dunia beberapa hari sebelum PRU15.

Sivaraj akan berentap dengan calon PH Sofee Razak, Azman Nasrudin (PN); Hamzah Abdul Rahman (Pejuang); Bakri Hashim (Warisan) dan Sreanandha Rao (Bebas). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here