Kepimpinan PDRM kunjung hormat ke atas PM

0
2

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.

Turut serta, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan Pengarah PDRM.

Ia julung kali diadakan sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi PDRM, pertemuan hampir dua jam itu membincangkan isu-isu semasa dan taklimat berhubung keselamatan negara.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here