Beberapa kawasan di KL dilanda banjir kilat

0
2

BEBERAPA kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang tadi.

Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC) berkata, keadaan lalu lintas turut terjejas dan pengguna jalan raya juga berdepan kesesakan akibat banjir tersebut.

“Kawasan yang terlibat adalah di Jalan Klang Lama, Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sg Besi dan Jalan Tun Razak.

 “Seterusnya, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Mahameru dan juga Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2),” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Sementara itu, keadaan air bertakung dan banjir kilat turut mengakibatkan kelewatan trafik di beberapa kawasan sekitar Pusat Bandaraya antaranya di Jalan Pudu dan Jalan Maarof.

Situasi sama turut dilaporkan berlaku di Jalan Damansara, Jalan Parlimen, Lebuhraya Sultan Iskandar dan Jalan Kuching.

Sehubungan itu semua pengguna jalan raya diminta agar berhati-hati memandu berikutan keadaan jalan licin.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur menerusi laman Facebook memaklumkan, setakat jam 4.39 petang, lima lokasi dinaiki air iaitu Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, Lebuhraya Taman Connaught, Jalan Parlimen dan Jalan Ampang.

“Laluan kedua-dua arah di Jalan Parlimen telah ditutup, manakala laluan Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Istana Negara ke Wisma Tani turut ditutup dan dilencongkan ke arah susur Carcosa Seri Negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here