YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara, hari ini.
Istana Negara dalam kenyataan di Facebook, berkata mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-260 itu telah dipengerusikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Turut berangkat hadir, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra serta dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Hadir sama ke mesyuarat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang di-Pertua Negeri diiringi Ketua-ketua Menteri kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Premier. – Malaysiapost

