Jangan kerana amarah ketepi hukum Allah – Zahid

0
3

JANGAN kerana amarah sanggup ketepikan hukum Allah dengan menyebarkan berita palsu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ingatan itu diberikan Presiden Umno ketika banyak berita palsu bertebaran di media sosial kebelakangan ini.

“Jangan kerana amarah kita mengenepikan hukum Allah dan rela kemudaratan besar berlaku di negara kita.

“Elakkan berita palsu dan fitnah kerana ia telah dan akan menjadi punca keruntuhan tamadun bangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini Ahmad Zahid juga menjadi mangsa penyebaran berita palsu apabila poster ucapan tahniah atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri tular di media sosial.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan kemudian mengesahkan ia plasu dan meminta orang ramai tidak menyebarkan poster berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here