Anwar pilih Zahid sebagai TPM?

0
2

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan The Malaysia Insight Ahmad Zahid telah menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri ke-10 selain menjadi individu yang boleh membantu mengekalkan sokongan 30 kerusi BN.

“Realitinya Ahmad Zahid membantu Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dan ia perlu diperakui. Beliau juga satu-satunya individu yang boleh membantu mengekalkan 30 kerusi BN.

“Apa yang kita mahu lihat, beri Anwar kebebasan untuk memilih timbalan dan Kabinetnya. Jika ia tidak berfungsi, buang saja mereka,” kata satu sumber rapat mengenai pembentukan Kabinet Anwar.

Sumber itu menegaskan hanya Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno boleh melaksanakan tugas itu, tiada orang lain.

Jika ia menjadi kenyataan, Anwar dikatakan tidak menghirau desakan pelbagai pihak yang tidak mahu kluster mahkamah menganggotai Jemaah Menteri dalam kerajaan baharu.

Anwar yang juga Presiden PKR mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Khamis lalu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang meyaksikan Ahmad Zahid mengheret BN bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun kedua-duanya merupakan seteru sebelum ini.

PH menang 82 kerusi berbanding Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperoleh 73 kerusi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here