Kerjasama PH Johor dan Umno, DAP akui terkejut

0
3

DAP Johor akui ‘terkejut’ dengan kenyataan berkaitan pelawaan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Umno untuk mewujudkan kerajaan negeri, sekiranya parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).

DAP Johor dalam kenyataan, berkata
Majlis Pimpinan PH Johor mengamalkan pendekatan musyawarah dalam setiap perancangan dan tindakan.

“Sebagai salah satu parti komponen PH negeri, DAP Johor berasa agak terkejut dengan kenyataan berkaitan pelawaan kerjasama PH-Umno di Johor untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya.

DAP Johor menjelaskan hal itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PH Johor.

“Pada hemat kami, sebarang usaha atau strategi untuk mengembalikan mandat rakyat dan membentuk kerajaan haruslah dalam makluman dan persetujuan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Johor,” katanya.

Media semalam melaporkan, PH Johor sedia menjalinkan hubungan dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan negeri sekiranya parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada PN.

Bagaimanapun, Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan, berkata Umno perlu menjadi ‘gentleman’ dalam membuat keputusan dengan tidak melakukan ugutan politik di saat negara berhadapan wabak Covid-19.

Katanya, PH Johor bersedia menerima Adu khususnya yang pernah bersama PH ketika Pilihan Raya Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mahupun mana-mana Adun Umno untuk kembali memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri. -Malaysiapost