Pemandu jentolak maut ditimbus tanah runtuh 

0
2

Ben Ibrahim 

SEORANG pemandu jentolak maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata mangsa berusia 37 tahun itu adalah seorang lelaki berbangsa India. 

Katanya, laporan kejadian itu diterima pusat gerakan operasi (PGO) Bomba Pahang jam 12.54 tengahari tadi. 

“Mangsa yang tertimbus itu berjaya dikeluarkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands menggunakan cangkul dan peralatan menyelamat lain. 

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati kejadian benar berlaku dan terdapat satu kejadian tanah runtuh yang mana sebuah jentolak turut dihempap tanah runtuh berkenaan.

“Didapati terdapat seorang mangsa yang berada di lokasi kejadian dipercayai pemandu jentolak tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa itu telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here