SEORANG wanita yang merupakan penyokong Croatia pada kejuaraan Piala Dunia FIFA 2022 telah mencetuskan kemarahan rakyat Qatar dengan tindakan tidak senonohnya.
Model Instagram dari Croatia, Ivana Knoll mungkin digelar sebagai penyokong paling seksi Piala Dunia Qatar 2022 apabila tampil berani melakukan perkara yang dilarang di negara tersebut.
Dia dilihat memakai gaun berkotak-kotak merah putih yang memaparkan belahan dadanya ketika perlawanan sulung Croatia menentang Maghribi di Stadium Al-Bayt.
Tindakannya itu telah mencetuskan kontroversi kerana melanggar etika berpakaian yang dikenakan kerajaan Qatar kepada para penyokong yang hadir ke temasya bolasepak yang berlangsung empat tahun sekali itu.

Malah Ivana Knoll juga berani mempamerkan gambar seksi dengan meletakkan ‘tag’ kepada akaun FIFA.
Dalam ‘posting’ lain, Ivana berani memakai pakaian renang dan berjalan bersiar-siar mengelilingi Qatar sekaligus tidak menghormati perasaan, budaya dan adat penduduk negara itu.
Menurut Intepseleb, mengikut Perkara 57 Perlembagaan Qatar menyatakan bahawa mereka yang memasuki negara itu mesti mematuhi tradisi dan adat negara.
Sesiapa yang tidak mengikut kod berpakaian yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Qatar boleh berdepan dengan beberapa bentuk hukuman termasuk penjara. -Malaysiapost

