Buktikan Perdana Menteri cukup bilangan sokongan di Dewan Rakyat – Annuar

0
3

DATUK Seri Anwar Ibrahim yang kini sah sebagai Perdana Menteri ke-10, perlu membuktikan dan memastikan beliau mempunyai cukup bilangan yang menyokong beliau di Dewan Rakyat.

Perkara itu dinyatakan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, sejurus Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara.

“Medan seterusnya adalah Dewan Rakyat. Perdana Menteri perlu membuktikan dan memastikan beliau mempunyai cukup bilangan yang menyokong beliau.

“Selamat menjalankan tugas demi negara,” tulis Annuar menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here