Umno Terengganu lapor SPRM untuk siasat sumber kewangan PN

0
1

UMNO Terengganu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat bagi menyiasat sumber kewangan Perikatan Nasional (PN) sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said, berkata PN di Terengganu didakwa membelanjakan wang yang banyak ketika PRU15.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata, laporan akan dibuat pihaknya bagi meminta SPRM menyiasat sumber kewangan parti berkenaan.

“Jadi kita minta SPRM siasatlah dari mana punca kewangan yang begitu banyak

“(Setakat hari ini) kita masih belum buat laporan kerana saya masih berada di Kuala Lumpur dan Insya-Allah, dalam sehari dua lagi, kita akan buat laporan kepada SPRM,” katanya memetik Harian Metro.

Pada PRU15 yang berlangsung Sabtu lalu, PN dan PAS memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here