Anwar PM10: DAP larang pimpinan parti anjur sambutan, konvoi

0
2
https://www.facebook.com/photo/?fbid=525797745577810&set=pb.100044427668163.-2207520000..

DAP mengarahkan semua peringkat pimpinan parti itu supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk sambutan mahupun acara konvoi kenderaan.

Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke susulan pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Menurut Loke, semua pihak harus bertenang dan menghormati keputusan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Kerajaan yang bakal ditubuhkan adalah sebuah kerajaan perpaduan (Unity Government) yang merangkumi pelbagai gabungan parti politik.

“Kita perlu bekerjasama dan bersatu padu dalam membantu Perdana Menteri mengemudi negara keluar daripada kemelut yang dihadapi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here