Cabaran tetap menanti – Nurul Izzah

0
2

DATUK Seri Anwar Ibrahim diingatkan mengenai cabaran yang bakal dipikulnya selepas diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 hari ini.

Anaknya, Nurul Izzah mengingatkan agar mengenai usaha menyatu padukan semua pihak, meneliti masalah ekonomi, menarik pelaburan dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

Beliau berkata, dalam kehidupan manusia tidak mampu terlepas daripada dugaan sama ada ketika kalah atau ketika menang.

“Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

“Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu,

“I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Nurul Izzah berkata, legasi yang ditinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

“Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, Insya-Allah,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Nurul Izzah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here