Anwar PM10: Muafakat Nasional sebagai NGO akan diaktifkan – Annuar Musa

0
1

KEPUTUSAN Yang di-Pertuan Agong melantik Datuk Seri Annuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, perlu dipatuhi.

Sehubungan itu, Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata tumpuan sekarang haruslah kepada Kerajaan berwibawa dan mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat.

“Semua perhimpunan dan aktiviti yang boleh membawa kepada ketidakharmonian perlu dihentikan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Annuar antara pemimpin Umno yang sebelum ini lantang menolak Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) serta Anwar.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, selari dengan perkembangan terkini, Muafakat Nasional (MN) sebagai sebuah NGO akan diaktifkan.

“Ia untuk memupuk nilai muafakat, perpaduan ummah dan keutuhan sistem politik negara yang lebih baik, berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan, insya-Allah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here