Perbincangan Raja-Raja selesai, tunggu kenyataan media Istana Negara

0
2

PERBINCANGAN Khas Raja-Raja Melayu selesai tengah hari tadi sekali gus kemelut pelantikan Perdana Menteri ke-10 dijangka akan berakhir tidak lama lagi.

Mesyuarat bermula kira-kira jam 11 pagi yadi berakhir apabila kenderaan membawa Raja-Raja Melayu dilihat meninggalkan Istana Negara bermula jam 12.30 tengah hari tadi.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merungkai kemelut pembentukan kerajaan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin, dilapor berkata perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Kini petugas media menunggu kenyataan dikeluarkan Istana Negara mengenai hasil perbincangan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here