Negara perlukan pemimpin baharu, Anwar calon tepat – Kit Siang 

0
3
https://www.facebook.com/35787761072/photos/pb.100044336560741.-2207520000../10157965189016073/?type=3

MALAYSIA memerlukan seorang pemimpin baharu yang boleh memimpin negara ke arah menjadi lebih tersohor di mata dunia, kata Lim Kit Siang. 

Pemimpin veteran DAP itu berkata, pemimpin yang pernah terkait dengan kemunduran negara patut memberi laluan kepada barisan kepimpinan baharu yang mempunyai visi dan komitmen untuk menjadikan Malaysia hebat. 

Justeru, Kit Siang berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang lebih baik berbanding dengan calon-calon Perdana Menteri ke-10 yang lain. 

“Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah terbukti menjadi pilihan raya umum yang paling penting dan kritikal dalam sejarah Malaysia kerana ia bakal menentukan sama ada Malaysia boleh mencapai kehebatan dalam pelbagai bidang atau sama ada kita terus mundur ke belakang. 

“Selain mengetuai gabungan politik dengan jumlah Ahli Parlimen yang paling ramai, dengan sokongan pengundi tertinggi sebanyak 5.8 juta undi, Anwar mempunyai visi dan komitmen untuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ketika ini, dua gabungan parti bersaing untuk menjadi Kerajaan Persekutuan iaitu antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). 

Kedua-dua gabungan memerlukan sokongan dengan parti lain sekurang-kurangnnya untuk membentuk majoriti mudah. 

PH dan Anwar dilihat mempunyai peluang tinggi selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno membuat keputusan menyokong kerajaan yang bukan dipimpin oleh PN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here