‘Jika dapat bersabar, pemilihan nanti undi calon pilihan anda’ – Zahid

0
2

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak yang mahu beliau meletak jawatan, agar bersabar menunggu pemilihan parti akan datang.

Presiden Umno itu dikecam hebat ahli serta pemimpin parti tersebut susulan kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi menjawab ulasan Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang mendesaknya meletak jawatan.

Menjawab komen Tun Faisal, Ahmad Zahid berkata, sesiapa saja boleh memilih mana-mana pemimpin diangkat mengetuai parti pada pemilihan akan datang.

“Tun Faisal Ismail Aziz terima kasih selalu datang page (Facebook) saya. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

“Sabar separuh iman. Jika dapat bersabar pemilihan nanti boleh undi siapa calon pilihan anda,” tulis Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Terdahulu Tun Faisal meninggalkan komen pada satu hantaran di Facebook Ahmad Zahid.

Antaranya, Tun Faisal mendakwa ramai pengundi tidak mahu mengundi BN pada PRU15 lalu kerana Ahmad Zahid terpalit dsengan kes mahkamah.

Katanya, apabila pengundi tidak lagi yakin dengan Umno dan mempunyai alternatif, mereka tidak akan mengundi Umno serta BN.

Beliau juga mendakwa BN kehilangan Parlimen Putrajaya kerana pengundi muda dan pengundi atas pagar terutama penjawat awam menolak Ahmad Zahid, selain calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut berdepan kes di mahkamah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here