Kerajaan Perpaduan: Agong beri ‘signal’ semua bersatu – Khairuddin

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=672260630941786&set=pb.100044735640354.-2207520000.&type=3

CADANGAN Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah pada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan nasional (PH) membentuk kerajaan perpaduan adalah isyarat untuk semua bersatu.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata fiqh perundingan sangat penting dalam kemelut pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang belum selesai.

“Semua pihak kena berlapang dada. Duduk bersama mencari titik persamaan. Syarat-syarat yang menguntungkan Islam, umat dan rakyat boleh dijadikan sandaran perundingan. Ini masa terbaik semua duduk semeja membentuk kerajaan perpaduan.

“Tuanku Agong sudah memberi signal untuk semua bersatu. Tamatkan persengketaan politik menerusi Kerajaan Perpaduan yang dipayungi oleh YDP Agong,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, dengan kerajaan perpaduan mewujudkan suasana politik damai di kalangan rakyat dan bersama-sama membangunkan negara tercinta.

“Di sebalik apa yang berlaku pasti tersirat Hikmah Ilahiyah yang besar. Tiada satu parti boleh menubuhkan kerajaan bersendirian. Tiada yang boleh bersifat sombong sebaliknya semua perlu merendah diri mempertautkan persaudaraan politik,” katanya.

Kemelut pelantikan Perdana Menteri baharu masih belum terlerai berikutan penubuhan kerajaan campuran antara parti-parti yang bertanding masih belum memperolehi majoriti mudah 112 kerusi Parlimen.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong mencadangkan kerajaan perpaduan antara PH dan PN, namun ditolak Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata, partinya telah memutuskan sebulat suara menolak kerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Khairuddin Aman Razali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here