Idris beri bayangan PN, BN bakal tubuh Kerajaan Negeri Pahang?

0
1

NAIB Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad seakan memberi bayangan rundingan Perikatan Nasional (PN) bersama Barisan Nasional (BN) bagi menubuhkan Kerajaan Negeri Pahang berjalan dengan baik.

Menerusi hantaran terkini di Facebooknya, Idris memuatnaik sekeping gambar beliau bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dipercayai selepas selesai rundingan semalam.

“Pahang sejahtera dan stabil. Doakan Allah permudahkan urusan. Insya-Allah,” tulisnya di Facebook.

Sementara dalam hantaran terbaharu, Idris berkata, semua pihak terutama penyokong gabungan itu bersabar dengan perjuangan parti yang penuh ranjau dan cabaran.

“Perjuangan Islam banyak ranjau dan cabaran. Penawarnya sabar dan istiqamah,” katanya.

Terdahulu, PN Pahang mengesahkan telah mengadakan rundingan dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri Pahang.

Pengerusinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Tuan Ibrahim yang juga wakil Majlis Tertinggi PN telah bertemu dengan Wan Rosdy.

Beliau berkata, perbincangan selanjutnya berhubung gabungan membentuk kerajaan negeri akan diteruskan.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) juga mengesahkan telah memulakan rundingan dengan BN Pahang bagi membentuk kerajaan negeri Pahang.

Pada PRU15 Sabtu lalu, PN memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang sementara BN (16) dan PH (lapan). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here