MUFTI Perlis hari ini menyindir gabungan politik tertentu, dipercayai kerana mahu mendapatkan sokongan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menubuhkan kerajaan.
Menerusi satu ciapan di Twitter hari ini, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir baru semalam satu pihak digelar sebagai penyamun yang jahat, dipercayai merujuk kepada Umno.
Namun, tambahnya apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) amat berbeza apabila ‘penyamun’ dikatakan telah menjadi rakan.
“Baru semalam dengar katanya itu penyamun yang jahat.
“Hari ini katanya dah jadi rakan penyelamat teman yang rapat. Begitulah perjuangan yang ikhlas untuk rakyat… hebat,” sindir beliau.
Sepanjang kempen PRU15 baru-baru ini, kedua-dua gabungan PH dan PH berkempen antara lain mendakwa BN sebagai parti penyamun kerana pemimpinnya terpalit isu rasuah.
Bagaimanapun kedua-dua gabungan itu kini mengharap sokongan BN bagi membentuk kerajaan Persekutuan susulan tiada mana-mana pihak memperoleh majoriti mudah. – Malaysiapost

