Kerajaan ‘caretaker’ masih berfungsi – Ismail Sabri

0
3

KERAJAAN sedia ada kekal sebagai kerajaan ‘caretaker’ jika tiada parti yang boleh menubuhkan kerajaan kerana tiada majoriti mudah 112 kerusi, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang masih menggalas Perdana Menteri sementara itu berkata, kerajaan lama masih berfungsi sebagai caretaker ketika ini.

“Jadi, rakyat jangan keliru seolah-olah sekarang ini tiada kerajaan. Kerajaan lama masih kekal tetapi sebagai kerajaan sementara, caretaker,” katanya, hari ini.

Malah, Ismail Sabri menegaskan, Kabinet
kerajaan sebelum ini masih berfungsi sementara menanti pelantikan Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Kabinet yang lepas pun masih berfungsi sebagai ‘caretaker Cabinet’, kecuali mereka yang tidak bertanding ataupun kalah dalam pilihan raya.

“Mereka tidak berada dalam Dewan Rakyat. Mereka tidak boleh menjawat jawatan menteri seperti dulu. Bererti tiada dalam kerajaan. Dia bukan ahli Parlimen.

“Tapi setakat ini kerajaan masih boleh berfungsi seperti biasa,” katanya.

Kemelut pelantikan Perdana Menteri baharu masih belum terlerai berikutan penubuhan kerajaan campuran antara parti-parti yang bertanding masih belum memperolehi majoriti mudah 112 kerusi Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here