Srikandi Bersatu lapor polis dakwa Hannah Yeoh hasut rakyat Sabah, Sarawak

0
3

SATU laporan polis telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dari DAP, Hannah Yeoh berhubung kenyataan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak.

Srikandi Bersatu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya membuat laporan polis berhubung hantaran Hannah di Facebook yang didakwa berunsur hasutan.

“Srikandi Bersatu Malaysia telah membuat laporan polis ini terhadap Hannah Yeoh yang telah membuat kenyataan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak di FB beliau pada 21 November 2022.

“Hannah Yeoh juga memberi gambaran bahawa wujudnya parti politik yang bermain dengan ketegangan kaum dan agama di kalangan rakyat Malaysia.

“Kenyataan yang sama oleh Hannah Yeoh juga telah menghasut rakyat Sabah dan Sarawak untuk menolak PN (Perikatan Nasional) berdasarkan dari gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here