Abang Jo ulang cadangan GPS-PN-BN-GRS bentuk kerajaan

0
2
https://www.facebook.com/abangjoofficial

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) mencadangkan penubuhan Kerajaan Malaysia terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Gabungan itu mewakili kerangkuman masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan menegaskan, mandat rakyat perlu dihormati.

“Oleh itu, GPS menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa yang diperuntukan kepada baginda dalam Perlembagaan Malaysia untuk melantik Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara,” kata kenyataan itu hari ini.

GPS juga menegaskan kepentingan negara adalah lebih utama dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.

Cadangan tersebut adalah sama yang disebut oleh Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dua hari lalu.

Dalam kenyataan awal itu, GPS turut mencalonkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here