Zahid beri bayangan kekal pimpin Umno

0
2

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini seakan memberi bayangan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno.

Susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu, pelbagai pihak dalam Umno mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab berikutan prestasi buruk tersebut.

Setakat ini Ahmad Zahid belum memberi sebarang reaksi terhadap desakan itu.

Bagaimanapun menerusi komen-komen di Facebooknya hari ini, terdapat netizen meminta Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan.

Berdasarkan komen balas terhadap kata-kata semangat itu, Ahmad Zahid seakan memberi bayangan beliau akan terus berjuang untuk memimpin Umno.

Badariah Yahya menulis: Terus berjuang DSZH, jangan berundur..semoga Dato dalam peliharaan Allah.

Ahmad Zahid kemudian membalas: “Tolong doakan.”

Hawa Adenan pula menulis: “Jangan letak jawatan YB. Teruskan perjuangan. Saya tahu YB kuat.”

Presiden Umno itu kemudian membalas komen tersebut: “Tq (terima kasih). Doakan saya selalu.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here