Angkat sumpah Exco Perak esok 

0
2

MAJLIS mengangkat sumpah Exco Kerajaan Negeri Perak akan dilaksanakan esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. 

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Saarani Mohamad selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak, hari ini. 

Beliau berkata, majlis akan diadakan pada jam 11.30 pagi. 

“Pelantikan exco, saya dimaklumkan bahawa Sultan Perak telah perkenan Majlis Angkat Sumpah Exco jam 11.30 pagi esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,” katanya ketika sidang akhbar di sebuah hotel, di Kuala Kangsar, hari ini.  

Saarani berkata, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada BN akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri manakala tujuh lagi exco daripada Pakatan Harapan (PH). 

Terdahulu, BN dan PH bergabung membentuk kerajaan negeri Perak selepas mendapat majoriti 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here