Saarani sah MB Perak

0
2

ADUN Kota Tampan dari Barisan Nasional (BN)

DATUK Seri Saarani Mohammad sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-15 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Dengan pelantikan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan dari Barisan Nasional (BN) tersebut, meneruskan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.

Kerajaan Perak dibentuk selepas persetujuan bersama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN dicapai hari ini.

Terdahulu, penubuhan kerajaan Perak menemui kebuntuan susulan tiada parti politik melepasi majoriti mudah 30 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kelmarin.

PH yang memiliki 24 kerusi DUN bergabung dengan BN yang menang 9 kerusi DUN sekali gus membolehkan menubuhkan kerajaan Perak, hari ini.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) menang 26 kerusi DUN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here