50 ketua Umno bahagian sifatkan Zahid liabiliti, desak undur

0
2

KIRA-KIRA 50 Ketua Umno Bahagian (KUB) seluruh negara mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden susulan Barisan Nasional (BN) tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

KUB Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata Ahmad Zahid perlu segera melepas jawatan sekali gus menyerahkan jawatan Presiden kepada kepemimpinan baharu untuk menjadi peneraju parti itu.

Tan Sri Annuar Musa berkata Ahmad Zahid

“Zahid perlu undur serta-merta dan serahkan kepada orang lain untuk pimpin Umno,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

KUB Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani pula berkata Ahmad Zahid mesti meletak jawatan serta tidak bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

“No Anwar, No DAP seharusnya kita berunding dan panggil Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk mesyuarat,” katanya.

Kesemua mereka yang hadir sepakat menyifatkan, langkah Ahmad Zahid mahu membentuk kerjasama dengan PH bertentangan dengan apa yang dimeterai dalam Perhimpuan Agung Umno (PAU) tahun ini.

Yahya menambah, Ahmad Zahid tidak mempunyai kuasa untuk tentukan hala tuju Umno tapi perlu berunding dengan akar umbi.

“Perundingan harus dibuat, kalau perlu kerjasama dengan PH kena buat ketetapan di PAU semula.

“Presiden tidak ada hak untuk tentukan dengan siapa kita bekerjasama untuk bentuk kerajaan,” katanya. . – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here