‘Pramatang,mustahil’ Saifuddin sangkal kenyataan PN mempunyai sokongan lebih 112 Ahli Parlimen

0
2
https://www.facebook.com/saifuddin.nasution/photos

PAKATAN Harapan (PH) kini memasuki fasa rundingan serius dengan Barisan Nasional (BN), yang keputusannya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rundingan itu membincangkan perkara utama menyentuh tentang kestabilan politik dan pemulihan ekonomi.

Menurutnya, ia juga meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan.

Sehubungan itu, Saifuddin menyangkal kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa gabungan itu mempunyai surat akuan berkanun (SD) melebihi 112 Ahli Parlimen.

Beliau menyifatkan kenyataan PN itu pramatang, mustahil dan tidak konklusif berkait angka sokongan majoriti yang didakwa telah mereka capai.

“Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sudah menyatakan bahawa sebarang akuan berkanun atau sebarang rundingan dengan parti lain oleh mana-mana Ahli Parlimen Umno adalah tidak sah.

“Ia juga tidak boleh diambil kira sebagai bukti sokongan majoriti kepada mana-mana calon Perdana Menteri kerana boleh menyebabkan mereka hilang kerusi seperti dipersetujui sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Hamzah bahawa PN sudah mengemukakan SD daripada Ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Hamzah dilaporkan berkata surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112 jumlah Ahli Parlimen.

Menurutnya, PH sudah mengambil maklum penafian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa satu kenyataan media yang tular mengenai sokongan 10 Ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin  sebagai Perdana Menteri, adalah tidak benar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here