Tubuh kerajaan PH, BN di Perak resipi Umno untuk bencana – Faizal Azumu

0
2

KEPUTUSAN Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) di negeri Perak adalah suatu resipi untuk bencana (recipe for disaster).

Menurut Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, tindakan itu mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya bahawa pemimpin Umno mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH semata-mata untuk kekal berkuasa.

“Kami juga tertanya-tanya di manakah keputusan Perhimpunan Agung Umno “NO ANWAR, NO DAP?”.

“PN Perak tetap dengan pendirian untuk menjadi pembangkang jika tidak dapat membentuk kerajaan negeri dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima prinsip perjuangan PN iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil.

“PN Perak tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP yang ditolak sebahagian besar orang Melayu atau dengan mereka yang tercemar dengan rasuah,” katanya.

Terdahulu Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak, petang ini

Beliau berkata, BN Perak bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

Saarani berkata, keputusan persetujuan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri itu telah disembah maklumkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Justeru, gabungan BN dan PH memiliki 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu majoriti mudah daripada keseluruhan 59 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here