Mereka sedang runtuhkan rumah sendiri – Wan Fayhsal

0
2

MEREKA sedang meruntuhkan rumah mereka sendiri, kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Armada Bersatu itu menulis demikian menerusi hantaran di Facebooknya, dipercayai sindiran terhadap Umno dan Barisan Nasional yang kini dikatakan sedang berbincang dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

Wan Ahmad Fayhsal juga menyifatkan pihak terbabit bagaikan menggali kubur politik mereka sendiri.

“Mereka sedang meruntuhkan rumah mereka sendiri! Menggali kubur politik mereka sendiri!,” tulisnya.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kepimpinan Umno sering melaungkan slogan ‘no Anwar, no DAP’.

Namun sejak pagi tadi pemimpin utama kedua-dua parti mengadakan pertemuan di sebuah hotel di ibu negara dipercayai berhubung pembentukan kerajaan Persekutuan.

Malah BN dan PH Perak telah bersetuju menubuhkan kerajaan negeri dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Saarani Mohamad akan dilantik semula sebagai Menteri Besar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here