Stephen Chow sengsara kerana ‘cinggey’

0
3

BINTANG Shaolin Soccer, Stephen Chow kini berada dalam situasi kewangan yang teruk selepas berhutang dengan bekas teman wanitanya, Yu Manfung yang juga jutawan pembinaan.

Today Online melaporkan, Chow turut berhutang dengan beberapa pelabur lain dengan jumlah keseluruhan hutang RM143.4 juta (HK$270 juta).

Masalah kewangan Chow didakwa bermula pada 2012 ketika hubungan selama 13 tahun bersama Manfung berakhir pada 2010.

Manfung menuntut ganti rugi dari bintang berusia 58 tahun itu dengan HK$80 juta (RM42.75 juta).

Jumlah itu didakwa Manfung kerana Chow berhutang dalam komisen berkaitan jangkaan penjualan rumah mewah di The Peak, Hongkong.

Oleh kerana Chow tinggal di rumah itu yang kemudianya dilelong aktor berkenaan, mendorong Manfung merasakan dia berhak mendapat bayaran 10 peratus, yang bernilai sekitar HK$80 juta.

Menurut Manfung, setakat ini dia hanya menerima HK$10 juta (RM5.34 juta).

Namun, Chow mengatakan jumlah itu dibayar atas budi bicaranya dan tiada kaitan dengan komisen yang diminta Manfung.

Kes ini akan dibawa ke mahkamah pada November ini.

Selain itu, satu lagi ‘timbunan’ hutang Chow membabitkan hutang dengan pelabur.

Pada 2016, pengarah itu mengadakan “Perjanjian Pertaruhan” di mana pelabur memberikan komitmen untuk melabur HK$ 1.33 billion (RM710 juta) dalam syarikatnya.

Para pelabur ini diberikan janji dan jaminan keuntungan sebanyak HK$1.04 bilion (RM540 juta) setelah empat tahun.

Menurut sumber, segalanya berjalan lancar dalam tiga tahun pertama, dengan syarikat memperoleh keuntungan keseluruhan HK$ 670 juta (RM358 juta).

Namun, pada tahun keempat, para pelabur hanya menerima HK$160 juta (RM85.5 juta).

Pandemik yang melanda dunia membuatkan Chow bergelut dengan kewangannya kerana industri filem terkena impak yang sangat teruk.

Dengan perjanjian itu yang tamat dan Chow tidak dapat mencapai sasarannya, para pelabur kini mengejarnya untuk baki wang dijanjikan dan bahkan meminta agar dia membeli kembali saham mereka. – Malaysiapost