Nurul Huda Abhar
KISAH artis wanita yang mengambil keputusan untuk mengenakan hijab sering mendapat tempat di helaian akhbar atau portal media hiburan.
Yang terkini, pelakon dan pengusaha restoran, Zara Zya, 34, mengambil langkah untuk bertudung kerana diselubungi rasa takut dan sebelum itu pelakon, Kilafairy, 28, juga mengambil keputusan sama sempena kedatangan Syawal lalu.
Namun, ada segelintir selebriti wanita yang dahulunya berhijab tetapi mengambil risiko untuk tidak mengenakannya lagi, dengan alasan tidak mahu berubah ke arah kebaikan secara paksaan.
Pelakon, Emma Maembong telah memggemparkan dunia hiburan apabila tidak lagi mengenakan tudung setelah beberapa tahun kelihatan ayu dengan imej tersebut.
Emma, 28, berpendapat apa yang penting adalah dari hati masing-masing dan tidak perlu untuk menjadi hipokrit untuk kelihatan baik di depan orang ramai.

Seterusnya, pelakon, Uqasha Senrose yang mula berhijab pada 2014 hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.
“Saya tiada niat apa-apa semasa membuat keputusan ini. Ia hanya saya tidak mahu lagi hidup dalam kepura-puraan,” kata Uqasha, 28.

Turut mengambil keputusan sama adalah aktres, Sara Ali yang pada mulanya menerima banyak pujian peminat kerana menyukai imejnya yang bertudung
Bagaimanapun, sekitar 2017 Sara, 30, tidak lagi bertudung kerana tidak mahu kelihatan hipokrit dan tidak menjadi diri sendiri.

Selain itu, pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar yang popular dengan drama Andainya Takdir lakonan bersama Shukri Yahya turut menerima kecaman peminat setelah tidak bertudung pada Mei 2015.
Tetapi, Nina, 30 tidak memberi sebarang komen mengenai tindakannya membuka tudung dan teruskan aktiviti lakonannya seperti biasa.

Seterusnya, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 32, yang muncul dengan imej berhijab pada 2017 tetapi kini tidak lagi mengenakannya.

“Saya tidak mahu komen apa-apa selain daripada kerjaya seni sahaja,” ujarnya – Malaysiapost

