‘Zahid jangan banyak alasan, letak jawatan segera’ – Nazri Aziz

0
4
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan susulan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Ahmad Zahid perlu bertanggungjawab penuh dan meletak jawatan seperti mana Datuk Seri Najib Razak lakukan selepas PRU14.

“Jangan banyak alasan, ini prestasi paling buruk untuk Umno dan BN, Zahid perlu bertanggungjawab dan segera letak jawatan.

“Tidak perlu banyak alasan, ini suara rakyat yang jelas tidak boleh menerima beliau sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN.

“Berjiwa besarlah dan ketepikan kepentingan peribadi, dahulukan parti dengan meletak jawatan,” katanya.

Selain Mohamed Nazri, beberapa pemimpin Umno termasuk Tan Sri Noh Omar; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan turut membuat gesaan sama.

Pada PRU15 Sabtu lalu, BN mencatat prestasi paling buruk dalam sejarah pilihan raya gabungan berkenaan, apabila hanya menang 30 kerusi Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here